Terma Program Partner

    Kemas kini terakhir: 19 Julai 2026

    1. Kelayakan

    Program terbuka kepada pengguna Didik App yang telah membayar akses tahunan penuh (RM79/tahun). Akaun anda mesti sah dan tidak dibekukan.

    2. Kadar Komisen (2 Tahap)

    • Tahap 1, Jualan Terus (40%): Anda dapat RM31.60 (40% dari RM79) untuk setiap pelanggan baru yang mendaftar dan membayar melalui link rujukan anda. Sekali sahaja, tidak berulang untuk pembaharuan.
    • Tahap 2, Bonus Upline (10%): Apabila seseorang mendaftar melalui link anda kemudian menjadi Partner sendiri, anda menjadi "upline" mereka. Anda dapat RM7.90 (10%) sekali sahaja apabila mereka membuat jualan pertama mereka. Selepas itu, tiada bonus lagi dari downline yang sama.
    • Komisen dikira daripada jumlah sebenar dibayar (contoh: dengan kupon 30%, harga jadi RM55.30 → L1 = RM22.12, L2 = RM5.53).
    • Kemas kini 29 Okt 2026: Kadar jualan terus ditukar dari 50% ke 40% untuk semua jualan selepas tarikh ini. Komisen yang sudah direkod kekal.
    • Struktur boleh dikemas kini pada masa hadapan. Perubahan akan dimaklumkan.

    3. Tempoh Tracking Cookie

    Cookie referral akan aktif selama 90 hari dari klik terakhir. Jika pelanggan mendaftar dalam tempoh 90 hari, komisen akan direkodkan.

    4. Jadual Pembayaran

    • Pembayaran dibuat bulanan, biasanya antara 1–10 haribulan bulan berikutnya.
    • Baki minimum untuk payout: RM50. Baki di bawah RM50 akan dibawa ke bulan berikutnya.
    • Bayaran dihantar melalui bank transfer atau e-wallet mengikut maklumat yang anda daftarkan.
    • Anda bertanggungjawab memastikan maklumat payout adalah tepat.

    5. Larangan

    • Tidak dibenarkan self-referral (menggunakan link sendiri untuk akaun sendiri).
    • Tidak dibenarkan spam, e-mel massa yang tidak diminta, atau iklan yang mengelirukan.
    • Tidak dibenarkan membuat dakwaan palsu tentang Didik App.
    • Tidak dibenarkan bidding kata kunci "Didik App" atau nama jenama kami di iklan berbayar.
    • Tidak dibenarkan menggunakan taktik cookie-stuffing, click-fraud, atau bot.

    6. Pembatalan Komisen

    Didik App berhak membatalkan komisen dan/atau menamatkan akaun partner jika:

    • Pelanggan meminta refund dalam tempoh polisi refund.
    • Terdapat penipuan, aktiviti mencurigakan, atau pelanggaran terma di atas.
    • Pembayaran pelanggan chargeback atau gagal.

    7. Cukai

    Anda bertanggungjawab untuk melaporkan pendapatan komisen kepada LHDN mengikut undang-undang cukai Malaysia.

    8. Perubahan Terma

    Didik App boleh mengemas kini terma ini pada bila-bila masa. Perubahan besar akan dimaklumkan melalui emel atau dashboard partner.

    9. Hubungi Kami

    Sebarang pertanyaan: support@didik.app