Didik App

    Panduan Didik

    Cara bermain, kenapa Didik dan semua 8 permainan tradisional.

    Cara Bermain

    3 langkah mudah untuk mula belajar sambil bermain.

    1. 1

      Pilih Subjek & Tahun

      Pilih subjek dan darjah yang sesuai dengan pelajar.

    2. 2

      Jawab Soalan, Gerakkan Watak

      Setiap jawapan betul menggerakkan watak dalam permainan.

    3. 3

      Menang Bersama atau Sendiri

      Main secara berkumpulan atau individu, siapa paling cepat menang!

    Kenapa Didik?

    Platform pembelajaran interaktif yang direka khas untuk pelajar sekolah rendah.

    Ikut Kurikulum KSSR

    Soalan selaras dengan DSKP Tahun 1–6. Sesuai untuk ulang kaji dan latihan.

    Permainan Tradisional

    Bukan kuiz biasa, Tarik Tali, Lari Dalam Guni, Tarik Upih, Galah Panjang, Lumba Perahu, Kereta Sorong, Kaki Hantu, Guli Sudu.

    Sesuai Untuk Kelas

    Guru boleh guna untuk aktiviti berkumpulan. Murid jawab soalan, watak bergerak secara real-time.

    Cuba Percuma Setiap Tahun

    Topik pertama setiap tahun (1–6) percuma. Buka Topik Eksklusif untuk semua topik.

    Aktiviti Permainan

    8 permainan tradisional yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

    Sedia bermain?