Didik App

    8 Permainan PdPc & Aktiviti PAK21 untuk Smartboard

    Aktiviti kelas sedia guna untuk guru sekolah rendah Tahun 1 hingga 6. Buka di smartboard, bahagikan murid kepada pasukan, dan biar mereka belajar sambil bermain permainan tradisional. Tiada persediaan bahan diperlukan.

    Cara guna di kelas

    1. 1

      Buka didik.app di smartboard atau skrin kelas.

    2. 2

      Pilih subjek, tahun dan topik yang sedang diajar.

    3. 3

      Bahagikan murid kepada 2 pasukan dan pilih permainan.

    4. 4

      Main, kemudian bincang jawapan bersama kelas.

    8 aktiviti sedia guna

    Tarik TaliPercuma

    Tarik Tali

    Dua pasukan jawab soalan yang sama. Jawapan betul menarik tali ke arah pasukan sendiri. Pasukan yang menarik tali melepasi garisan menang.

    • Sesuai untuk: Kelas penuh, 2 pasukan
    • 5 hingga 10 minit setiap pusingan
    • Elemen PAK21: Kolaborasi, komunikasi
    Cuba di kelas
    Lari Dalam GuniPercuma

    Lari Dalam Guni

    Setiap jawapan betul membuat pelari melompat ke hadapan. Sesuai untuk set induksi atau penutup kelas.

    • Sesuai untuk: Ulang kaji pantas
    • 5 hingga 10 minit setiap pusingan
    • Elemen PAK21: Pemikiran kritis
    Cuba di kelas
    Tarik UpihPercuma

    Tarik Upih

    Pasukan bergilir menjawab untuk menarik upih ke garisan penamat. Murid berbincang sebelum menekan jawapan.

    • Sesuai untuk: Pasukan berpasangan
    • 5 hingga 10 minit setiap pusingan
    • Elemen PAK21: Kolaborasi, komunikasi
    Cuba di kelas
    Galah PanjangPercuma

    Galah Panjang

    Jawab betul untuk melepasi penjaga di setiap garisan. Bagus untuk menyemak kefahaman satu topik.

    • Sesuai untuk: Kelas penuh, ulang kaji topik
    • 5 hingga 10 minit setiap pusingan
    • Elemen PAK21: Pemikiran kritis, kolaborasi
    Cuba di kelas
    Lumba PerahuPercuma

    Lumba Perahu

    Setiap jawapan betul mendayung perahu ke hadapan. Pasukan pertama sampai ke jeti menang.

    • Sesuai untuk: 2 pasukan, pertandingan
    • 5 hingga 10 minit setiap pusingan
    • Elemen PAK21: Kolaborasi, komunikasi
    Cuba di kelas
    Lumba Kereta SorongAkses

    Lumba Kereta Sorong

    Pasukan menjawab untuk menyorong kereta sorong ke garisan penamat. Seorang murid membaca soalan, seorang lagi menjawab.

    • Sesuai untuk: Pasukan, aktiviti PAK21
    • 5 hingga 10 minit setiap pusingan
    • Elemen PAK21: Komunikasi, kolaborasi
    Cuba di kelas
    Lumba Kaki HantuAkses

    Lumba Kaki Hantu

    Jawapan betul membuat pelari kaki hantu melangkah. Jawapan salah membuatnya tergelincir, jadi murid perlu berfikir dahulu.

    • Sesuai untuk: Kelas penuh, ulang kaji peperiksaan
    • 5 hingga 10 minit setiap pusingan
    • Elemen PAK21: Pemikiran kritis
    Cuba di kelas
    Lumba Guli SuduAkses

    Lumba Guli Sudu

    Bawa guli di atas sudu ke garisan penamat dengan menjawab soalan berturut-turut. Sesuai untuk latih tubi sifir atau kosa kata.

    • Sesuai untuk: Kumpulan kecil, latih tubi
    • 5 hingga 10 minit setiap pusingan
    • Elemen PAK21: Pemikiran kritis, komunikasi
    Cuba di kelas

    Idea guna mengikut subjek

    Soalan lazim

    Perlu daftar akaun?

    Tidak untuk mula. Anda boleh terus main topik pertama setiap tahun. Akaun percuma diperlukan untuk menyimpan kemajuan dan membeli Akses.

    Adakah percuma?

    5 permainan asal dan topik pertama setiap tahun adalah percuma. Akses RM79 setahun membuka semua topik dan 3 permainan eksklusif.

    Boleh guna di tablet atau telefon?

    Boleh. Didik App berjalan dalam pelayar di smartboard, komputer riba, tablet dan telefon.

    Sedia cuba di kelas esok?

    Mula main sekarangLihat Akses